Advokasi Keselamatan Siber di Program Merdeka Kolaborasi PEDi bersama Perpustakaan Desa Pengkalan Durian.

26 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

25 Ogos 2023 – PEDi Linggi telah berkolaborasi bersama Perpustakaan Desa Pengkalan Durian untuk mengadakan Program Kemerdekaan yang bertempat di Perpustakaan Desa itu sendiri. Seramai kira-kira 50 orang tetamu telah hadir untuk menyertai acara-acara yang telah diadakan seperti Kelas dan Pertandingan Membuat Poster Merdeka Canva untuk Pelajar Tahap 2, Pertandingan Mewarna Poster Merdeka dan Soft Skill Pengetahuan Erti Kemerdekaan untuk peserta Tahap 1 serta Advokasi Keselamatan Siber yang berkait dengan Hari Merdeka.

Melalui Bicara Advokasi ini, peserta diterangkan mengenai ancaman bahaya yang terdapat di internet semenjak akhir-akhir ini terutamanya isu 3R iaitu Race, Religion dan Royal.

Mereka diterangkan bagaimana untuk mengekalkan keharmonian negara dengan menjaga tingkah laku di internet agar negara Malaysia tetap aman seiring dengan Hari Kemerdekaan yang telah dicapai. Bicara Advokasi ini diadakan selama setengah jam iaitu dari jam 5.30 hingga 6.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali